Assalamualaikum



Nuffnung

Shake and Take Ku Sudah Mari

Assalamualaikum,

Hari ni dengan rasa GUMBIRANYA nak share ngan korang SHAKE & TAKE yang sy beli dekat sebulan  lebih tunggu tu baru sampai petang semalam! Hari ni baru sy pergi ambil dekat mail room. Sebab apa lambat sampai? Sebab alasannya terlepas pandang sy punya order. Geram sungguh rasa alasan itu. Kalau tak, dari dua minggu lepas lagi sy dah guna SHAKE & TAKE ni. Sooooo, sy takkan promote dealmate kat korang. Dahlah tak proper balot! Togel aku punya kotak. Nasib baik masa pos tu tak terbukak tau.



TAPI! Mujurlah SHAKE & TAKE sy tu masih berfungsi dengan baik dan boleh digunakan seperti sediakala. Jadi, kemarahan mak ni dah redalah sebab HAPPY! YEPPY! YEY! Malam ni, sy dah boleh guna untuk blend buah2an untuk my Zulaikha dan untuk sy juga. Dapatlah juga sy sedut jus buah dalam kereta dengan senang hatinya. Hehehe...

Macam mana rupa SHAKE & TAKE sy tu? Taaaadaaaaaa... lihatlah dibawah ini, comei tak kak ton punye? hehehe...

Indahnya Puzzle C.I.N.T.A [28]



28

ABANG AM?! Oh, my hero! Nasib baik dia tiba tepat pada masanya. Kalau tidak, sudah lama muka aku ni kena makan penampar dengan kak Sally. Segera aku jarakkan diri dari perempuan itu. Ingat nak cabut lari je tapi rasa macam tak patut pula kalau aku pergi tanpa ucapkan terima kasih pada abang Amzir.
“Huh! Lepaslah!” Kak Sally menyentap tangannya. “Kali ni kau terselamat! Lepas ni aku jumpa, kau siap ya!”
Tergamam aku mendengar ugutan kak Sally. Mati! Apa dia nak buat pada aku lepas ni? Dalam kampus bolehlah aku lari, dalam hostel aku nak lari ke mana?
Ku lihat abang Amzir memberi isyarat kepada kak Sally supaya beredar. Dia akur seraya menjeling ke arah lelaki itu. Langkah diatur lalu sengaja bahuku dirempuh kasar. Diekori dengan dua pengikutnya yang juga turut sama merempuh bahuku. Kali ini lebih kasar hingga terlepas segala buku yang aku pegang. Beberapa keping gambar yang menjadi issue hot tadi pun jatuh bertaburan di atas lantai.
“Main rempuh je bahu orang!”
Perlahan aku usap bahu sambil mata tajam perhatikan gelagat mereka yang gedik itu. Kemudian aku tunduk mengutip buku yang bertaburan di bawah. Serentak itu abang Amzir tunduk untuk membantu aku. Dicapai buku nota dan kamus serta beberapa keping  gambar yang jatuh berhampiran kakinya.
“Dina…”
Wajahku direnung abang Amzir. Dihulur gambar yang menjadi issue hot tadi padaku dengan penuh tanda tanya. Aku tiada jawapan untuknya lantas terus aku capai buku nota, kamus serta gambar-gambar itu dari tangannya.
“Gambar ni dekat…”
Aku mengeluh dan buat-buat senyum walaupun nampak palsu. Aku tahu dia agak terkejut melihat gambar itu.
“Ya, dekat Mid Velly hari tu.”
“Bila Dina jumpa dia?”
“Err… saya tak jumpa dia.”
“Habis tu macam mana gambar tu boleh ada?!”
Aku menelan liur. Gugup nak cakap sebenarnya.
“Abang Am jangan salah faham. Sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?! Dina tau tak akibatnya kalau gambar ni tersebar?” Abang Amzir mencantas ayatku. “Korang berdua boleh digantung kolej tau tak? Silap hari kena buang kolej.”
Bulat mataku mendengar kata-kata abang Amzir. Takut, resah dan gelisah semua bermain dijiwa ketika ini. Andai katalah gambar ni tersebar luas, aku digantung kolej, mati aku kena cincang dengan ayah.
“Bukan salah saya! Gila apa saya nak buat macam ni?!”
“Dah tu yang dalam gambar tu apa ceritanya?”
“Kan saya cakap dalam gambar ni cuma salah faham je. Yang abang Am percaya buat apa?!”
Abang Amzir cuba bertenang. Dia bercekak pinggang sambil mengurut dahi.
“Dina, awak kena faham situasinya sekarang. Bukan masalah abang yang salah faham tapi orang lain. Dina kena fikir anggapan orang bila tertengok gambar macam tu.”
Aku terdiam. Wajahnya aku pandang. Aku tahu apa yang abang Amzir cuba sampaikan. Cuma aku malas nak semak kepala.
“Sekarang cuba cerita, apa sebenarnya berlaku antara korang? Sumpah, abang tengok gambar ni pun terkejut.”

Produk Anugerah (Dibaca dengan ayat suci al-quran 30 juzuk)

Assalamualaikum,

Siapa pernah try produk Anugerah? Produk yang dibaca dengan 30juzuk ayat al-Quran dengan ayat-ayat terpilih. Elok bagi sesiapa yang ada gangguan atau sesiapa yang mahu mencegah dari terkena gangguan. Inilah cara perubatan islam yang terbaik, yang mana pusat darusyifaq pun akuinya. 
Saya baca testimoni2 pembeli yang dah cuba produk ni, memang banyak berkesan. Saya tanya ustaz di kawasan perumahan saya tentang produk ni, pun dapat galakan untuk menggunakan produk ni. Di samping guna produk ni, kita berdoa dan mohon perlindungan dan pertolongan dari Allah s.w.t.



Indahnya Puzzle C.I.N.T.A [27]



27


PERLAHAN kakiku melangkah ke arah cafeteria. Sekali-sekala ku tersenyum sendirian bila terkenangkan layanan baik Faruq tadi. Entah kenapa rasa bangga pulak aku bila dapat naik kereta dia tu. Padahal bukannya naik kereta mewah pun. Ngeee… Setakat Honda macam dia tu, abang aku pun ada! Erm… tapi apa yang buatkan aku rasa bangga bila naik kereta dia ya?
Aku tersenyum lagi bila teringatkan perbualan kami tadi. Pada awalnya memang aku rasa kekok. Bayangkan mulut aku yang kepoh ni boleh terkunci tak cakap apa masa dalam kereta. Yang Faruq pula masa tu rileks je memandu. Sepatah haram tak bercakap! Sengaja buat aku terkulat pandang luar tingkap kereta.
Lepas aku tukar pakaian bersih tadi, barulah aku dengar si Faruq ni buka mulut bertanya.
“Baju kotor tu nak hantar dobi tak?”
“Hantar dobi? Nak buat apa?” Soalku memandangnya.
“Basuhlah!”
“Ah! Tak payah! Membazir je! Saya boleh basuh sendiri! Jimat cost!”
Hah! Kerek tak aku jawab? Faruq menjeling bosan. Handbreak diturunkan dan terus memecut laju membelahi jalan raya.
“Tak nak sudah! Aku offer sekali je, payment aku tanggung. Kalau kau dah kata tak nak, jimatlah duit aku.”
Bulat mataku memandangnya seraya mendengus bengang. Cis! Rugi! Rugi! Rugi! Kalau aku tau tadi dia nak keluarkan kos, boleh hantar sekali comforter aku yang dah lama tak basuh tu.
“Chop!!! Erm… boleh jugaklah! Ngeeee…” Aku tersengih menayang gigi.
“Apa yang boleh jugak?!”
“Hantar dobilah.”
“Lambat! Aku dah suku jalan, baru nak response!”
“Baru suku jalan kot!” Aku gigit bibir nak marah. “Tak acilah! Hari tu baju awak kena makanan, saya tolong basuhkan!”
Terlihat senyuman nipis di wajah Faruq. Nakal siot mukanya tu. Rasa nak bagi penampar pun ada. Aku terus menjeling tajam seraya berpaling ke arah luar tingkap. Jangan salah faham! Aku bukan merajuk tapi marah aku tak habis lagi sebab dia simbah aku dengan air lopak tadi.
Saat itu aku sedar yang kenderaannya membelok ke arah pusingan u-turn. Eh! Dia patah balik ke hostel aku ke? Ngeeee… ni yang buat aku sayang dia ni! Oooppppsss! Choi! Choi! Choi! Tarik balik kata-kata kau tu Dina!
“Cepat sikit! Jangan lama sangat!”
Aku menjelir lidah padanya, mengejek. Suka hati akulah nak lama ke tidakkan? Siapa suruh cari pasal! Muahahaha… siaplah kau Faruq!
Dekat lima belas minit jugaklah aku mengerjakan comforter tu. Jenuh mencari plastic yang boleh memuatkan comforter aku tu. Sudahnya plastic hitam Wafa jugak aku rembat. Terkocoh-kocoh aku menjinjing bungkusan hitam besar itu bersama dengan plastic yang berisi baju kotor tadi. Dari jauh ku lihat Faruq sedang membelek telefon bimbit di dalam kereta. Tak sedarlah tu kewujudan aku.

Saya Kini Berkaca Mata Akhirnya

Assalamualaikum,

Akhirnya siap juga glasses ku yg tak seberapa ni. Janji mata terang dan jelas bila tengok tulisan jawi, rumi yg halus mulus itu. Nak baca al-quran pun jelas. Hehe... Ini semua kebetulan je pon. Masa tu suami n si kecik ajak gi KFC tetiba mata ku yg tak berapa terang sangat ni boleh nampak pulak offer bingkai + kanta sgtlah murah. Aku pun rembat ler satu. Bila lagi nak buat? Power makin lama makin betambah. Nak2 yg silau tu. Huhuhu...

Order semalam, hari ni siap! Pergh! Memang pantas dan tangkas. Aku pulak memang terdesak perlukan mata terang. So, malam tadi jugak aku redah pergi collect spek. Bila dah pakai, WAAAHHH terangnya dunia aku. Tak kira malam siang. Hehe...

So, inilah hasilnya...

Punyalah lama decide nak matchkan dgn muka ku yg bam2 ni. Alih2 bingkai ini jugak yg sesuai. Dahlah warna hijau neon. Nak cari warna biasa tak ada. Nasiblahkan? Janji selesa, sesuai dan nampak okay di mata suamiku.

Okay tak? Nampak macam cikgulah pulak. Hahaha! 
Murid-murid semua dah siap kerja sekolah belum?!


Ngehehe... skang sesi menggedik bersama kaca mata baru. Sila jangan meluat ye. Klu meluat tutup mata muahahaha!

THE END!


Liebster Award

Assalamualaikum,
Tak pasal nama ku dipetik Cik Dabel N ni, nominate untuk LIEBSTER AWARD. Berdebau jantung aku nak jawab soalan yg tak berapa nak mencabar ni. Muahaha... ;') Okay jom kita start!

Rules dia:
1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6. Go to each bloggers page and let them know about the award.

11 facts tentang sy:
1. Rutin pagi suka hadap novel online. Itu terapi minda sy sebelum mula kerja haha!
2. Suka mengarang novel. Idea tak jangka. Kdg2 tgk lagak org pun boleh sampai ilham. Hehe!
3. Obses dengan kasut yang warna-warni. Haha!
4. Suka cuba macam-macam gaya tudung. Tak peduli org cakap! Suka hati akulahkan? haha!
5. Tak boleh duk diam kat rumah. Bosan je, bawak anak keluar, jalan2 kosong dlm kereta habiskan minyak. ngehehe...
6. Pernah pergi Penang balik hari. Nampak cam kerja gila tapi itulah realitynya. Mampu ke?!
7. Penggemar ayam penyet. Pernah tiap2 hari mkn ayam penyet je sampai lebam. Haha...
8. Boleh hadap drama korea sampai pagi. Tak tido tak pe, janji dpt tgk sampai habis. Pengsan!
9. Pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Ada muka cikgu ke aku ni? Huhu
10. Make up ikut mood. Pemalas sebenarnya. haha!
11. Gugup bila kena buat presentation depan audience. Terukkan?

Questions dari Cik Dabel N:
1. Korang reti makan kaki ayam/kimchi? Suka atau tidak?
J: Tak reti makan tapi kalau dah rasa mungkin suka kot. hehe...

2. Kalau ada kucing datang kat korang masa makan, korang halau ke korang bagi makan?
J: Kadang2. Pernah bagi makan, tokey kedai tu pandang daring kat aku, serik, lepas tu kucing dtg buat tak tau je. Ikut mood.

3. Barang branded ke tak branded? Mana korang pilih?
J: Barang tak branded. Membazir je beli mahal2. Bukan guna selalu pun hehe.

4. Tempat idaman korang for vacation? Oversea & dalam negara.
J: Oversea Bali (honeymoon) & Langkawilah (shopping2 one no tax lo)

5. Boleh lepak makan dekat mamak tak? Kalau tak, kenapa?
J: Ikut mood jugak. Tak kisah pun mkn mana2 janji BERSIH! ngeee...

6. Antara rumah teres/flat/apartment/condo, mana 1 pilihan korang?
J: Memandangkan teman ni duk apartment, so, teman pilih apartmentlah. Walaupun selalu komplen parking sesak daaaa...

7. Merisik-bertunang-nikah ke nikah je terus?
J: Ikut adatlah senang, teratur sikit nak arrange.

8. 5 orang yang korang akan contact dalam sehari. Siapakah mereka?
J: Hubby, of course! Mak, abah, adik... sorang lagi tak tau. Hehehe...

9. Pernah tak dibackstab oleh kawan baik sendiri?
J: Ehm! Itu dah lali dah. Lantak kome ler. Teman buat kering je. Kome mengumpat, pahala dapat kat aku. Keh!keh!keh!

10. Korang masih berkawan lagi tak dengan EX korang?
J: NO! TIDAK! NAVER! HAHAHA! ntahlah nape? huhu...

11. Korang lagi selesa berkawan dengan lelaki ke perempuan?
J: Dua2 teman selesa berkawan. Tak tau nape hehe...

Eh? Dah habis dah? Napa tak sambung sampai soalan ke 20 hik!hik!hik!

Berpeluh akak menjawab soalan ko cik dabel N. Menyiksa memory, akal dan fikiran sungguh. Okay, sikalang masa akak pulak nak reka 11 soalan dan nominate blogger lain. Hambik ko!

Questions dari Saya:
1. Selesa tak korang tido tak lapik bantal dan tilam? Kenapa?
2. Selalu kalau korang shopping pergi sorang ke ngan pasangan?
3. Apa habit korang yang tak boleh tinggal?
4. Korang bawak kereta/lori/motor/basikal selalunya speed paling laju berapa? speed paling perlahan berapa? (Jenuh kome fikir klu basikal muahaha)
5. Korang manja? ganas? garang? nutral? tak dalam family?
6. Korang suka bercuti dekat mana? Oversea & dalam negera
7. Handphone paling canggih yang pernah korang guna?
8. Perkara apa yang korang tak boleh lupakan? Pahit & manis?
9. Laptop terkini yang korang guna?
10. Korang suka makan Shushi tak?
11. Barang apa yang korang suka buat koleksi?

Akhirnya tamat sudah soalan-soalannya. Jenuh aku fikir soalan no 11 tu sebab dah kering idea. Ok, blogger, sila jawab dengan tenang ya. Enjoy!

Terima kasih banyak untuk Cik Dabel N sebab nominate akak dalam Liebster Award. Dengan ini akak menyahut cabaran mu dik. Walaupun amik masa berjam2 nak siapkan. Fuh! Berchinta akak menjawab soalan2 di atas. Okaylah kan jawapan tu...

Baiklah dengan ini saya nominate mereka di bawah ini untuk Liebster Award :

Azra.R, Azra R Blog
Ika Ika Faid, IkaIkaFaid
Syara Nur Qistina, Syara's Wonderland
Samiza Ezanie, Hidup Ini Indah
Farah Amalina, Welcome to Farah Amalina

Orait, be sporting ya ladies! Jawab jangan tak jawab! Mari kita berkenal-kenalan!

Enjoy!

The End.

Siapa Dah Tengok Ironman 3

Assalamualaikum,

Siapa dah tengok ironman 3? Sy baru tengok semalam dengan encik suami. Dia nak belanjakan, so pucuk dicitalah. Haha! Malangnya, sy yg tengok sorang. Dia tido di saat awal cerita sbb mengantuk yang tak dapat dibendung. Pastu dia bangun di tengah cerita, nak suruh sy cerita balik ye? Mintak maaflah kan, sy tengah focus masa rumah dia kena serang dengan penjahat!

Best gila ceritanya di saat2 akhir yg mendebarkan. Ada yang kelakar sikitlah Tony cuba buat lawak. Saat panik masa rumah dia kena roboh. Di bawah antara scene yg sy boleh ceritakan sikit...

Masa ni stark control the ironman dkt ruang tamu. Sedangkan masa tu dia kat bawah rumah. Macho tak?! Hehe

Killian ni lelaki jahat yg nak hancurkan ironman. Kira dia nak balas dendamlah. Dalam badan dia ada satu bahan api yg sy sendiri pun tak paham apa benda.

Yg kat kepala Tony tulah alat utk control semua ironman yg ada. Dalam cerita ni, tujuan dia design mcm2 jenis ironman sebab dia takut org bunuh dia mcm ironman yg sebelum2 ni.

Inilah dia scene dimana rumah dia di attact oleh org killian yg jahat gila. Saat ni mmg mendebarkan sebab dia orang tembak rumah Tony sampai hancur, roboh dan berkecai. Hingga tak nampak rupa rumah dah. Tony di anggap mati sbb terjatuh dalam laut tp jgn risau dia selamat.

Gambar ni masa lepas kejadian rumah dia di serang tu. Masa ni robot yg menjadi assistant dia tu telah bawak dia jauh dari kawasan dia. Landing pun tak berapa betul sbb ironman ni dalam tempoh percubaan. Di sinilah dia selongkar segala tok nenek cerita pasal pengganas yg nak bunuh dia tu.

Masa ni girlfriend dia dah sedih gila dan ingatkan tony stark dah mati. Padahal hidup lagi.

Waktu ni saat mencemaskan di mana tony stark mengarahkan ironman (machine) dia tu utk selamatkan pegawai menteri di dalam kapal terbang yg diceroboh oleh killian. Masa ni tony dalam boat, yg beraksi cuma sut ironman dia je. Killian telah menyamar dan gunakan colonel (kwn ironman yg sy pun dah lupa nama dia) punya sut ironman utk bunuh prime minister dlm kapal.

Dan! Inilah saat paling best di mana semua ironman-ironman yg di design oleh tony stark beraksi utk membunuh semua pengganas killian di pelabuhan. Banyak gila ironman keluar dan berlawan. Terpegun gila tengok sut tu berlawan dengan pengganas. Tony stark hanya bagi arahan je.

Pada mulanya ingatkan girlfriend tony ni mati masuk dalam api. Di sebabkan killian telah sumbatkan bahan api dalam badan pate ni (kira macam satu kuasalah) so pate ni jadi kuat gila dan kalis api. Di akhir cerita tony stark arahkan semua ironman diletupkan. Tony buang jantung electonik dia dan ganti dengan jantung baru (jantung manusia)

The End

Kesimpulannya adakah ironman 3 ni yg terakhir? Tony stark dah buang jantung dia so no more ironmanlah kan? TAPI boleh jadi ada juga sambungan ironman 4 sbb girlfriend dia ada kuasa kalis api. Hehe.. tunggu dan nantikan jelah.

Selagi Hayat Masih Ada

Assalamualaikum,

Hari ni sy nak share something. Bila baca kisah ni sangat menginsafkan. Jom kita hayati bersama...


Pesakit : Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?

Abang misi : Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang org luar di sana takkan dapat rasa.

Pesakit : Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?

Abang misi : Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.

Pesakit : Wah, apa dia?

Abang misi : Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.

Pesakit : Hm. Apa dia?

Abang misi : Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah...

Pesakit : (menitis air mata....) Abang... bacakan saya al-qulran... saya tak boleh baca... buta tajwid. =(

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.


Copy & paste by certita oleh : Muhammad Rusydi

Selagi hayat kita masih ada, jangan lupa pada Allah s.w.t...

Thank you Allah.

Kasut Zalora Ku Dah Sampai =)

Assalamualaikum,

Yeeeehoooo! Kasut sy sudah sampai. TQ Zalora sebab bagi perkhidmatan yang sangat pantas. Suka betul bila tgk kasut yang berwarna-warni ni dah ada depan mata. Ikutkan rasa nafsu ni tak cukup lagi dua color tapi hold dulu. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, saiz habis, abaikan jelah. Bila dah banyak ni tak tau bila nak pakainya ngehehehe... Sayangnya nak pakai!

Ada lima pasang color yang berlainan.

Hairan juga kalau ada yg complain barang sampai lambat tu sebab saya punya kasut sampai cepat. Beli hari ni, esok dah sampai dah. Guna GDex lagi. Memang dia tak sempat provide tracking number tapi kita sebagai customer kena rajin calling mereka dan mintak tracking number. Customer servis dia layan memant tip top! Bukan apa, fikir positiflah bila rate dah naik mesti banyak tempahan terima dan tak sempat mereka nak update.

GDex services

Di bawah ni antara kasut-kasut yg dah sampai kepada saya. Memang memikat dan memukau hati sy sampai rasa sayang nak pakai. Cucilah mata ye.. =)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 | 26 April - 5 Mei PWTC

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak update latest pesta buku antarabangsa KL. Sesiapa yang gila buku, kaki buku, ulat buku, bolehlah menghabiskan duit di sini PWTC pada tarikh yg tertera...


Program : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Tarikh : 26 April - 5 Mei 2013

Tempat : PWTC

Masa Operasi : 10am - 7pm (Isnin - Khamis)
10am - 9pm (Jumaat - Ahad & Cuti Am) 

p/s : Saya mula gatal tangan kiri untuk membuat check list buku2 yg bakal nak di beli ye... awk2 semua takkan tak de buku yg berkenan kot??? Byk novel dah keluar jd drama neh, mesti nak buat koleksi kan? kan? kan? ngeeeee... ;)
Erm...? Buku ape lg saya nak beli yeee? Erm...

Nuffnung